1 Aug 2012

Assalammualaikum :)


***
Wahai kakakku? kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja?

Wahai adikku,
Bukan wanita itu lemah kerana tangis dan sendunya,
Tetapi disitulah wahai adikku,
Kekuatan bisa meleburkan ego seseorang lelaki.
Menjadi izzah yang paling gah,
Bahkan lebih gah dari ego seorang lelaki.
Kerana sendu rayunya,
Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun.

Duhai adikku,
Lembut wanita itu bukan lemah,
tetapi senjata.
Ianya anugerah yang tiada tolok bandingnya. 
Anugerah dari yang Maha Esa :)

***



Wanita solehah, pakai lah hijabmu untuk menutup segala fitnah. Menutup segala lubang yang mungkin bisa menjadi bualan di dunia ciptaan ALLAH ini. Tutuplah auratmu, jagalah peribadi mu juga perilakumu sama indah seperti luaran mu. Hapuskanlah debu debu dosa mu wanita solehah. Hijab hati , syurga menanti :) 


- LUTHFIYAH ANIQAH

















No comments:

Post a Comment

Dah bersedia untuk jadi solehah?

(^__^)b