Assalamualaikum pembaca baru di blog Mari Jadi Solehah :)
Alhamdulillah, idea yang diusulkan oleh sahabat saya-- LUTHFIYAH ANIQAH akhirnya berjaya dilaksanakan dan inilah hasilnya-- Blog Mari Jadi Solehah :) Buat pengetahuan pembaca, blog ini mempunyai tiga orang penulis. Iaitu LUTHFIYAH ANIQAH, Hati Biru dan saya sendiri-- Bintu Qamar. Insya-Allah, kami bertiga akan berusaha menulis entri-entri yang bermanfaat khususnya buat pembaca wanita semua. Doakan kami istiqamah ya! :)
Berbalik kepada tajuk entri kali ini, beberapa hari ini saya ada terbaca beberapa status kawan-kawan di Facebook tentang page lucah yang memaparkan gambar gadis-gadis yang cun dan seksi untuk bahan santapan nafsu. Masya-Allah, menakutkan! Nak diletakkan link page tersebut, tak tergamak pula rasanya. Ada juga kawan-kawan saya yang menulis pada status mereka menyeru supaya kawan-kawan yang lain report page tersebut. Nampaknya ramai yang membantu untuk report page tersebut. Tapi, apakah usaha kita setakat itu sahaja??

Jawapannya, tentu sekali tidak. Tentu sekali tidak jika kita yang perempuan ini yang tidak menjaga sendiri maruah kita. Orang lain pula yang susah payah tolong jagakan. Ish ish tak bagus kan?
Kita Tak Suka, Tapi Kitalah Puncanya
Kita tak suka orang curi gambar kita. Kita juga benci bila ada orang lain menyalahgunakan gambar kita. Kita marah bila orang guna gambar kita tanpa kebenaran. Tapi, bukankah kita sendiri yang memaparkannya di laman sosial tanpa memprivasikannya dahulu?? Bukankah kita yang upload sendiri gambar tersebut tanpa fikirkan dulu kesan di masa hadapan??
Tanpa fikir kesan jangka panjang, nahh tu dia gambar muncung mulut diupload. Nahh tu dia, gambar seksi separuh bogel dimuat-naik. Nahh tu dia, gambar kita pakai baju ketat nampak jambul dipaparkan. Kemudian kita 'gembira' bila ada kawan-kawan yang like dan komen, "eh cunnya kamu."
Sudah Terhantuk Baru Tergadah
Lalu, terjadilah seperti kes di atas. Salah siapa? Fikir-fikirkanlah. Jangan tuding jari ke muka orang lain. Ingat ya, satu jari tuding orang lain, empat jari lagi menuding ke diri kita. Belum terlambat lagi untuk berubah, mari kita mulakan langkah!
Sekian.
Mari Jadi Solehah!
-Bintu Qamar-

No comments:
Post a Comment
Dah bersedia untuk jadi solehah?
(^__^)b